Ungkapan yang banyak membawa pengertian dalam hidup kita semua. Seorang anak yang menjadi mangsa perpisahan ibu bapa hasil perkongsian hidup yang musnah akan menjadikan anak-anak mangsa, bukan sehari dua tetapi sepanjang hidup.
Perceraian satu perkara halal yang terkutuk. Namun dalam banyak keadaan perceraian menjadi haram oleh sikap zalim ibu atau bapa yang membawa anak-anak merana kerana tidak mendapat kasih sayang sepenuh ibu dan bapa.
Jumaat, 6 November 2009
Kisah lama
Pengalaman individu,sesuatu yang unik. Demikian pengalaman tok juga unik. Justeru itu ia perlu dirakamkan untuk bacaan dan telaah anak cucu belakang hari.
Tok anak orang kampung, membesar dengan lumpur dan sawah. tiada lampu neon, hanya pelita ayam buat menerangi. Tidak ada jalan raya, hanya titian kecil merentas sungai, membawa tok ke sekolah.
Wang saku 10 sen sudah cukup mewah. Kadangkala hanya 5 sen sehari buat belanja sekolah.
Itulah gambaran awal tok bersekolah rendah pada tahun 1956, setahun sebelum merdeka.
Tok lahir pada tahun 1950, kini berusia 59 tahun. Tahun 2010 akan mencecah usia 60 tahun.
Selamat ulangtahun tok yang ke 60.

Langgan:
Catatan (Atom)